Masa kejadian Operasi_Fajar_8:_Teluk_Aden


Rampasan

Pada 20 Januari 2011, jam 11.40 malam (waktu Malaysia), sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel milik Jepun yang disewa oleh Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC Berhad) itu telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan raifal automatik AK-47 dan pistol. Kejadian rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur Muscat, Oman, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan 'selamat' setelah diiringi kapal TLDM itu melalui perairan Teluk Aden. Kumpulan lanun itu menaiki bot laju yang diturunkan dari sebuah kapal induk membawa seramai 18 lanun untuk menyerang kapal dagang berkenaan yang dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ethylene dichloride dari Asia Barat ke Singapura. Krew kapal MT Bunga Laurel sempat mengaktifkan Sistem Amaran Keselamatan Kapal (SSAS) sebelum bersembunyi di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal. Kesemua lampu dipadamkan dan enjin utama ditutup.

Menerima isyarat kecemasan

Pusat Laporan Kecemasan MISC yang menerima isyarat kecemasan pada jam 11:37 malam dari kapal MT Bunga Laurel cuba membuat panggilan telefon kepada kapal Bunga Laurel, tetapi tiada jawapan dari krew kapal tersebut. Tepat pada jam 11:40 malam, kapal sokongan Bunga Mas Lima menerima panggilan kecemasan dari MISC yang melaporkan bahawa kapal Bunga Laurel telah diserang dan lanun cuba menaiki kapal dengan menggunakan bot laju. Kapal induk lanun juga dilaporkan berada di kawasan itu. Bertindak daripada panggilan kecemasan itu, pada jam 1:20 pagi, dua buah bot laju dengan 14 anggota komando Pasukan Khas Laut TLDM yang diketuai oleh Leftenan Komander Maznan Bin Said dan Leftenan Noor Asri Bin Roslan telah diaturgerak dari Bunga Mas Lima yang berada kira-kira 14 batu nautika (25.9 kilometer) bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu. Pada masa yang sama, sebuah helikopter penyerang Fennec TLDM yang dilancarkan kapal sokongan Bunga Mas Lima khusus bagi tujuan pemantauan dan bantuan tembakan dari udara.[3] Tembak menembak antara pihak lanun yang berada di atas kapal Bunga Laurel dan anggota penembak tepat dari kapal Bunga Mas Lima dan helikopter Fennec TLDM. Tembakan padu dari helikopter berjaya menghalang kumpulan lanun di atas kapal induk memberi bantuan kepada rakan mereka yang berada di atas kapal dagang yang dirampas.

Rujukan

WikiPedia: Operasi_Fajar_8:_Teluk_Aden http://www.bangkokpost.com/breakingnews/217613/mal... http://maritime.bernama.com/news.php?id=567271&lan... http://www.hindustantimes.com/Somali-pirates-face-... http://www.usatoday.com/news/world/2011-02-11-mala... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/... http://militaryofmalaysia.net/2011/01/paskal-tawan... http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12430...